Powered By Blogger

Pengorbanan/Sacrifice

Human Capital Development adalah terma Bahasa Inggeris bagi Pembangunan Modal Insan. Tetapi dalam entri kali ini, saya tidak akan mengolah perihal Modal Insan. Sebaliknya, saya akan bercakap pasal pengorbanan. Seperti yang kita tahu, Pak Lah telah melakukan pengorbanan dengan memberi jawatannya kepada Najib.Dan itulah pengorbanan yang murni,terpuji,suci,gebu,mantap,gempal,tiada jeragat dan sebagainya. Pengorbanan sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori : Pengorbanan Terpuji , Pengorbanan Menyerupai Terpuji dan Pengorbanan Keji.


***********

Antara contoh pengorbanan terpuji adalah seperti tidak pulang ke rumah pada minggu ini kerana ada test, memberi rakan anda milo fuze sepaket kerana dia kehausan, tidak menuduh seseorang bekerja sebagai peniaga kaya ball dan sebagainya. Pengorbanan seperti ini amatlah baik dan sangat dituntut dalam masyarakat. Pengorbanan terpuji tidak terhad kepada pengorbanan nyawa atau harta sahaja, malah pengorbanan demi kebaikan org lain juga adalah tergolong dalam pengorbanan terpuji. Walau apa pun yang berlaku, terimalah hakikat bahawa kaya ball lebih enak dari bahulu, lazat hingga lidah terkelu bibir membisu , bak kata orang dahulu, hidup segan mati tak mahu, itu dah merepek dah tuu.

Bagi pengorbanan menyerupai terpuji pula,di sini terdapat situasi untuk menggambarkannya. Sebagai contoh, Jenab adalah seorang gadis yang sangat cantik. Ramai jejaka terpikat padanya. Dia mempunyai paras rupa yang sangat cantik sehinggakan kucing pon boleh tercekik tikus apabila Jenab lalu dihadapannya. Rambutnya panjang, lurus dan berbau Rejoice. Tubuhnya kurus tinggi tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya, kedudukan lutut kiri Jenab sedikit tinggi daripada lutut kanannya. Ramai yang tidak tahu kerana Jenab tidak pernah memakai seluar pendek paras lutut. Pada suatu petang, seorang jejaka bernama Baharuddin terserempak dengan Jenab di pasar. Ketika itu, Jenab ingin membeli ikan arapaima untuk dijadikan hidangan makan malam. Tiba-tiba Jenab tersedar bahawa dompet nya sudah basah kerana termasuk di dalam mesin basuh dan sekarang dalam usaha mengeringkannya di rumah.
Baharuddin yang sedar akan keadaan itu sudah berkira-kira untuk bertindak.Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Jenab atau Siti Hajenab Mansor. Baharuddin terus memeriksa dompetnya dan mendapati terdapat RM 10 sahaja yg tinggal. Duit itu diberikan oleh emaknya untuk membeli sarapan pagi seisi keluarga. Emaknya memesan roti canai 2 keping kuah banjir manakala ayahnya memesan Honey Star. *Ayahnya sedikit nyanyuk.
Tanpa berfikir panjang,Baharuddin terus menghulur Rm 10 tersebut kepada peniaga arapaima dengan gaya polis trafik menyaman pesalah trafik kerana memakai topi keledar secara terbalik.
Jenab terus tersentuh dengan kemuliaan dan kejantanan Baharuddin dan serta merta mengapprove Baharuddin di Facebook.

Pengorbanan seperti ini dikira sebagai pengorbanan menyerupai terpuji kerana Baharuddin mengorbankan wangnya dengan niat memikat Jenab, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan ibu bapanya.

Pengorbanan keji pula dapat dilihat apabila seorang kawan mengorbankan masanya untuk menyiapkan assignment rakannya dan menerima upah atas perbuatannya.Selain itu, pengorbanan jenis ini terdapat apabila seorang bekas pembantu peribadi mengorbankan maruahnya asalkan bekas ketuanya ditahan atas tuduhan melakukan perkara yang tidak enak dibincangkan disini. Dengan keterangan keterangan yang diberikan, kita dapat tahu warna seluar dalamnya, terdapat 9 calit sperma berlainan jenis di hulu *&%^$ nya dan terdapat kesan luka di lubang ^_^ nya. Hal ini sebenarnya serupa seperti menggadaikan maruah sendiri.

Oleh itu, marilah bersama-sama kita memupuk semangat korban mengorbani dalam diri kata. Dari pengorbanan yang kecil seperti menjadi mc dalam sesuatu majlis hinggalah pengorbanan yang besar seperti menyatukan kembali negara-negara arab.Semoga anda hidup selesa, bebas denggi dan semoga air tidak masuk ke telinga anda ketika mandi. ( Telinga aku pekak sebelah ni ha) . Kesian. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment