Powered By Blogger

Finally, i own a Blog.. Firstly, let me tell you..

I don't know how to start, well i guess i just started.. no! i didn't say fart, i say start! F****** B****
(Fattest Beefs). Well, honestly i boleh cakap melayu. Try me. Rumput selalu lebih hijau di sisi lain pagar. Ya, that's my attempt to say The grass is always greener on the other side of the fence. No, i didn't use google translate.

However, (apsal tiba2 ha.) saya telah refused beberapa kali dorongan dan bimbingan rakan-rakan,guru,ibubapa,peguam,sejarawan,angkasawan,kawan rozita che wan,zakwan yang suka melawan dan bomoh untuk membuat blog saya sendiri. Hal ini kerana, saya tak suka menyunting (edit) background,title colour dan about me kerana ia mengambil masa lebih lama dari membancuh teh strawberry. Hakikatnya, teh strawberry sungguh enak rasanya lagi-lagi jika di nikmati bersama seisi keluarga di sewaktu petang yang indah sambil menonton 2 Alam. Amboi, kasar sangat.

Oh ya, ada seorang belia yang saya jumpa di kedai runcit beberapa hari lepas sangat aneh perilakunya. Lelaki lingkungan 30-an ini asyik merungut rungut pasal harga barang yang meningkat di pasaran. Saya syak lelaki ini tatkala pulang ke rumah pasti akan berbincang dengan rakan rakannya perihal debat antara Anwar Ibrahim dan Shabberry Cheek.(Tiba-tiba search Blackberry dekat Google, entah apa jadah).Apa yg ingin saya perkatakan di sini ialah kita seharusnya bangga dengan apa yg kita kecapi sekarang ini kerana kita dapat hidup selesa di negara ini tanpa ada kekejaman dan tindasan yg dilakukan oleh pemimpin kepada rakyat. (Sambil menyelak surat khabar bahagian suara rakyat.)

Apabila orang bertanya pasal Vegetarian, saya sangat mengambil berat terhadap jawapan saya. Saya tahu dan sedar Vegetarian bukanlah sesuatu yang normal di Malaysia lebih-lebih lagi bagi seorang lelaki melayu tipikal berambut hitam,kerinting dan tiada kelemumur? Memang ramai yang kurang percaya apabila pertama kali mengenali saya adalah seorang Vegetarian. Jawapan saya adalah saya sedang mengeksperimen diri saya dan cara saya mengeksperimen diri saya adlah sedikit lain daripada orang lain. Saya menetapkan masa selama 10 tahun untuk eksperimen ini dimana sekarang sudah pun menjejak 4 tahun. Tujuan eksperimen ini dilakukan adalah untuk melihat, adakah orang melayu Vegetarian akan jadi lebih baik dari orang melayu tipikal dari semua sudut? Eksperimen keatas diri saya juga di tambah dengan membuang nasi dan roti canai dan segala makanan tipikal masyarakat Malaysia dari hidup saya. Setelah beberapa tahun eksperimen di jalankan, saya jumpa beberapa perubahan positif yg berlaku keatas diri saya seperti lebih mudah dan berjaya mengawal kemarahan, menjadi seorang yg lebih tenang, dapat berfikir dengan rasional dalam menyelesaikan masalah dan mampu mencipta suatu situasi di mana orang lain akan menumpukan sepenuh perhatian kepada saya tanpa menggunakan usaha yg banyak. Sebaliknya, perubahan negatif yang berlaku keatas diri saya adalah saiz fizikal dan berat badan yang tidak menentu, kekurangan tenaga dan tidak boleh bertahan lama dalam melakukan sesuatu aktiviti, pilihan makanan yg terhad dan sebagainya.

Apa pun yang berlaku, aku tetap mencintaimu, percayalah Diana - Rosyam Nor,Janji Diana 2003. Sebagai penutup, ambillah surat khabar itu dan cover lah lauk itu dengannya, kata nenek kepada Fiona, bibiknya yang sudah lari beberapa bulan lepas. saya harap kalian dapat meluangkan masa membaca entri-entri saya selepas ini. Setakat itu sahaja, kembali kepada Syakawi di Sri Pentas. Adios~~

2 comments: