Mengayat

Sabtu lepas aku, Radzi dan Sadiq pergi lepak kedai mamak sebab nak tengok bola. Radzi bawak member dia yang baru habis SPM tu. Tengok pun dah tau anak orang kaya sebab lepak mamak pun pakai seluar pendek nampak peha gebu macam taufufa. Jenis yang kalau update status " Tak tahan nak kencing.. " pun dua tiga ratus orang like. Nama dia Anisa.

Aku usha usha Sadiq memang tak senang duduk dia malam tu. Lain betul perangai dia. Suara pun lembut semacam order roti naan tandoori. Aku lagi sikit nak terajang kerusi. Aku pulak pandang tak pandang je si Anisa tu. Bukan taste aku la senang cakap. Yelah, aku kan baik baik punya orang. Jenis yang tak biasa tidur lepas subuh.

Tiba tiba Radzi bersuara.. " Anisa ni single lagi, korang kalau terer ayat la dia..haha "
Anisa pun malu malu beaver sambil cubit cubit bahu Radzi. Aku yang baik ni meluat tengok telatah diorang. Sadiq suka. Dia siap tanya lagi " So apa ciri ciri lelaki yang you suka.. "
Terus terniat aku nak curah milo ais dalam kuah dal dia. Kalau perempuan cantik nak pakai I You je. Haritu Radzi bawak si Shira yang gigi aneh tu pakai Aku Kau pulak. Munafik punya orang. Memang dari kecik dia macam tu. Dulu kalau cikgu tanya mana kerja sekolah dia mesti jawab dah siap tapi tertinggal kat rumah. Macam lah cikgu tu jenis yang tak ambik diploma punya orang.

" First i suka lelaki yang kelakar, baik, tak kaki perempuan dan yang paling penting kuat agama..hehe "

Aku dan sadiq berpandangan satu sama lain. Radzi kecoh kecoh sebab Torres score hat trick pun kitorang buat tak endah. Selang beberapa minit Sadiq pun mulalah keluarkan ayat ayat manis dia.

" I tak tau lah kan tapi org ckp i kelakar, siap ada orang offer nak vote i kalau i masuk raja lawak.. hehe "

Aku pun serta merta bisik kat telinga Sadiq.. " B to the A to the B to the I.. "

" Eleh tipuuuu.. haha habis tu, tu baru satu, you baik ke? " bersuara si Anisa dengan comel sekali macam perempuan yang dalam iklan Hotlink tu.

" Eh i baik tauu.. jenis yang tak pernah langgar lampu isyarat, tak caya tanya Aiman.. " jawab Sadiq dengan bidaah yang ternyata palsu.

" Hahaha..okayy i percaya..okay last..you kuat agama ke? jeng jeng jeng hehe.. "

Masa tu aku dah nak cakap yesss kuat kuat da sebab aku tau Sadiq tak tau nak jawab apa. Tapi dia bersuara lagi..

  " Emm Aiman, haritu kau ada pinjam aku punya DVD Al Quran Interaktif kan? Bila kau nak pulangkan, aku rasa tak cukup je hari hari aku kalau tak dengar benda tu. "

Aku tanpa membalas terus suruh mamak tu kira. Radzi pulak aku tengok muka dah macam baru menang peraduan teka dan menang MyVi dah sebab Chelsea menang 6-1 . Sadiq langsung aku tak tegur masa balik. Kaki mengayat punya orang.

Kanak Kanak

Come on, takkan macam tu cara kau mempromosikan product? Tapi aku kena admit cara tu agak berhasil. Slogan yang digunakan Oreo iaitu' Putar, Jilat dan Celup ' tampak fenomenal. Yelah dua hari lepas aku ke rumah kawan nampak adik dia mengaplikasikan slogan tu. Dia makan bersama ayahnya. Sebaik membuka plastik Oreo itu, ayahnya serta merta menjamah. Lalu tegur si kecil,

" Ayah, bukan macam tu laa. Buat macam ni. " Sambil memutar biskut itu, menjilat krimnya kemudian mencelupkannya kedalam susu Enfagrow.

Aku tersentak melihat gelagat mereka lalu bertanya kepada si kecil.

" Err..motif menjilat? " dengan mengangkat kening kanan dan kedua belah bahu.

Dengan sedikit tawa comel, si kecil membalas, " Alaa abang Aiman ni, itu pun tak tau.. Dekat TV suruh buat macam tu kita buat laa. "

" Err okay.. Dekat TV cakap kalau minum susu banyak boleh tinggi, tapi apasal adik pendek je? Hehe. "

Gurauan aku di ambil serius oleh si kecil. Dia mengerutkan dahi dan memuncungkan mulut dengan niat memprotes kegiatan buli terhadap kanak-kanak mungkin.

" Atoto tak baik tau muka masam depan makanan. Oreo pulak tu. Nak tau tak, adik untung dapat makan Oreo ni. Abang dulu pernah kena tipu. Di suatu petang yang hening, abang pening. Kemudian abang bercadang nak makan biskut gula bersama Teh O. So, abang pun pergilah ke kedai lalu mencapai sebungkus Sugar Crackers. Dengan hati yang berbunga, abang melompat2 pulang kerumah sambil nyanyi lagu "Ayah ku pulang dari kota, Ayah ku belikan kereta~~ " , sampai je kat rumah abang pun terus bukak plastik biskut tu. Dengan hati yang hancur lebur, bibir yang membisu lidah terkelu, abang tersentak kerana tiada gula di BISKUT ITU! Bida'ah betul tajuk depan Sugar Crackers tapi biskut dia takde gula. "

" HAHAHA apalah abang ni makan jela biskut tu, takpun tabur je gula kat atas dia. Hehe. "

" Haaa macamtulah kalau nak makan. Mesti senyum, kita mesti hargai rezeki yang kita dapat. Ada orang kat luar sana yang nak dapat sesuap nasi pun susah tau dik. So, adik kena bersyukur. "

Si kecil berubah air muka dengan penuh seribu tanda tanya.

" Tapi kan bang, kenapa abang tak makan daging, ayam, ikan, nasi semua? Abang tak bersyukur ke? "

Soalan si kecil begitu tajam panahannya sehingga membelah dadaku. Terasa ditusuk tusuk dengan pedang dan di perah pula limau nipis di luka itu. Tanpa membidas, aku berlalu pergi meninggalkan si kecil. Tetapi sempat pula dia memintas.

" Atoto, rileks la bang. Nak tau tak di suatu petang yang hening, adik pening. Lepastu adik dengar kawan adik cakap ada cerita Ong Bak 4 baru nak keluar so adik pun pergilah wayang dengan dia. Sampai kat sana hati adik hancur lebur, lidah membeku sebab sebenarnya bukan Ong Bak 4, tapi Ombak Rindu. Terus adik clash dgan kawan adik. Hehe. "

KIDS THESE DAYS =.='

Nak rasa dalamnya laut, jangan guna kedua belah kaki.

Cuti smeseter kali ni tak banyak benda yang aku lakukan untuk manfaatkan masa aku sepenuhnya. Hari hari aku terdapat similariti daripada isnin sampailah ahad. Bangun pagi, gosok gigi, cuci kaki dan mandi. Tengok tv, makan pagi, tidur kembali. Rima akhir tu sengaja aku samakan sebab nak show off bakat aku.

Even masa raya haji hari tu pun taklah semeriah tahun tahun sebelumnya. Tak pula aku mengenakan baju melayu dan bersongket serta berkaca mata hitam berjalan ke masjid untuk menunaikan solat. Aku cuma menyarung baju melayu bersama kain pelikat sahaja. Memang raya kali ini tidak seceria tahun sebelumnya. Lembu yang diikat di pokok masjid itu tampak lebih ceria walaupun ajalnya bakal sampai.
Aku namakannya Alex.

Disebabkan kebosanan yang melampau, tumpuan aku agak terjejas dan aku mula berfikir untuk melakukan perkara yang bukan bukan. Sampai satu ketika aku merancang untuk menjamah makanan kucing bersama coca cola untuk sarapan pagi. Agak bida'ah untuk dilakukan dalam sosioekonomi negara kita. Tersedar dari lamunan, cepat cepat aku bentang sejadah dan takbir raya kuat kuat.

Di sebelah petang pula, aku biasanya akan ke padang golf atau driving range. Driving range tu bukanlah tempat untuk berlatih memandu sebaliknya tempat untuk berlatih memukul bola golf.
Ada suatu hari tu aku terlupa untuk tuck in baju ketika berada di driving range. Sedang asyik memukul bola, seorang lelaki linkungan 50-an memanggil aku.

" You tau tak attire kat sini mcm mana?! Baju masuk dalam , i captain kat sini nanti committee member nampak u pakai macam mana malu i . U go leave now."

"Oh, i'm really really sorry sir, actually i'm from Singapore and this is my first time coming to Malaysia. I really have no idea about the rules. I'm sorry, but i think you could have used some more polite words sir. Wow captain, so this is how u treat ur customers in Malaysia? Really? Fair enough then, i'm leaving now. Oh by the way, i'm a writer. I write about places and their cultures. And this time i'm writing an article entitled " Malaysia: Meet the people, experience the culture. "
So guess the contents."

Terpinga-pinga pakcik tu memerhatikan aku berjalan ke arah kereta. Walhal plate kereta NCD, tersangatlah singaporean nya disitu. Itulah dia mentaliti sesetengah masyarakat kita. Baru buat salah sikit dah bersikap kurang ajar. Boleh je cakap baik baik pun sebenarnya. Takde aku tak masuk baju kat dalam tetibe kayu golf kau patah ke kan. Takde kan pakcik.

So, sampai di sinilah entri kali ini. Cuti semester pun dah berakhir. Bermulalah semester 4 dan azam kali ini adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Insyaallah.

My Dream Girl

Ini adalah post ke 20 aku sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia pengblogan. Bosan memang sinonim dengan kehidupan aku. Jadi aku tak tahu nak tulis pasal topik apa harini. Mula2 nak buat tajuk ' Aku sekeping roti burger ' tapi topik tu nampak macam terlalu complicated untuk dirungkaikan. Nasib baik Samira muncul dengan idea yang bernas dengan menyarankan aku menulis topik My Dream Girl.

Remaja memang tak boleh lari dari kisah cinta. (Tiba2 pipi aku merah dahla malas la camni). Mereka perlulah memilih pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Salah memilih pasangan boleh menyebabkan berlakunya perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Oh ya, ada kenalan di Facebook aku telah memberitahu bahawa dia sudahpun bercerai dengan suaminya beberapa hari lepas. Dia bercerai kerana salah faham apabila suaminya menghantar comment " Tak comel pon :p " pada salah satu gambar miliknya. Dia yang kecewa akhirnya meminta diceraikan. Kasihan aku mendengar kisah tu nasib baik hak penjagaan anak dapat kat dia.

Berbalik pada topik tadi, terdapat beberapa ciri wanita yang menjadi idaman aku.

1. Yang pertama mestilah 'betul-betul wanita' . Apa yang dimaksudkan di sini ialah suspek mestilah terbukti kewanitaannya kerana tidak sanggup bagiku berkasih sayang dengan pondan atau 'wanita berhalkum' . Maklumlah zaman sekarang ni memang banyak lelaki yang menyerupai wanita. Nanti dah sebulan dua bulan couple sekali dengar suara macam suara Robert De Niro plak kang. Aku nak yang macam Rozita Che Wan.

2. Suspek juga perlulah bertudung. Tak kisahlah apa2 jenis tudung skali pon malah apa jenis lilitan sekali yang digunakan asalkan mestilah menjaga auratnya. Tetapi jangan sampai terlilit kaki sendiri pulak. Kang tak pasal tersadung dalam kolam terus kena gigit dengan Dolphin. Time tu aku dah tak mengaku tu awek aku. Bila org tanya terus aku mengaku aku gay.

3. Aku juga meminati seseorang yang kelakar dan mampu membuatkan aku ketawa sehingga aku sanggup menelan set golf aku dek kerana kekelakaran beliau. Bagi aku sense of humor tu penting kerana contohnya apabila aku stres kerana ada orang tuduh aku berniaga ayam golek di bazaar ramadhan, sekurang-kurangnya ada orang yang mampu menghiburkan aku.

4. Aku tidaklah terlalu memilih tentang paras rupa. Tak kisahlah wanita itu berwajah robot sekalipun kalau dah itu jodoh aku, aku tetap akan mengahwininya. Apalah guna berwajah cantik tetapi perilakunya saling tak tumpah macam Lina Joy.

5. Wanita yang cerdik pandai juga telah berjaya menarik perhatian aku. Bagi aku, sesiapa yang memiliki akal yang cerdas itu adalah seksi. Tetapi bagi member aku Amad, sesiapa yang memiliki betis gebu baru diconsider seksi. Tiga hari aku tak bertegur dgan Amad kerana saling mempertahankan pendirian masing-masing. Last2 kami berbaik semula sebab aku bagi link twitter sorang awek yang dia minat.

6. Perwatakan pula adalah tidak sombong, tidak ego, tidak terlalu sosial dengan ramai lelaki dan tidak akan muntah darah apabila mengetahui aku vegetarian. Aku begitu benci dengan kaum wanita yang suka bercerita pasal kehebatannya. Always remember that an ugly personality can destroy a pretty face. Asal cakap orang putih je mesti nak Italic. Entah apa jadah.

7. Yang terakhir dan terpenting, wanita itu perlulah berusaha menjaga ibadahnya kerana cinta yang teragung itu adalah milik Allah S.W.T.

Jadi, adakah anda mempunyai ciri2 yang dinyatakan di atas? Jika ada, sila dial 013 enam satu empat tekan tekan tak dapat dan tunggu sampai bateri phone anda habis. Kesian. Assalamualaikum.

Detik Pahit Manis

Sekian lama tak update blog hari ni tergerak hati nak menulis balik. Maklumlah banyak sangat yg berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni. Baru nak update dah ada benda yang lain yg berlaku. Baru nak tulis pasal raya, terus dijangkiti wabak denggi.

Beberapa minggu yang lepas Persatuan Nadi Diploma In Investment Analysis (Nadiia) ada menganjurkan majlis makan malam dan penghargaan kepada pelajar2 cemerlang course tu. Tema makan malam tu adalah raya 1 Malaysia. Mula2 aku confuse sama ada perlu ke aku mengenakan cheongsam bersama samping, ataupun sari berkemban dan sebagainya. Akhirnya aku memilih untuk berbaju Melayu sahaja. Malam tu Azal dan Shaqil yg jadi MC. Shaqil siap datang kat meja aku tiba2 tanya duit raya aku berapa. Aku lagi sikit nak terajang. Dahla baru nak telan tembikai nasib baik tak tersembur. Pada malam tu jugak ada cabutan bertuah. Entah apa jadah nombor yang naik 4 orang tapi yg dapat hadiah 2 orang je lagi 2 orang tidak bernasib baik katanya. Celaka kan?
Oh ya malam tu aku menerima anugerah best student's award untuk part 2. Ehem. * sambil betul-betulkan rambut buat gaya jalaluddin hassan nak mengayat rosnah mat aris.






Ni lah dia sijil yang aku dapat tu siap berframe bagai. Aku expect dapat anugerah jejaka paling gantang ke apa kan tapi takpa lah bersyukur. Alhamdulillah.
Sejuk hati mak ayah aku bila aku tunjukkan sijil tu. Langsung tak sia-sia diorang hantar aku tuisyen dekat Pusat tuisyen Deru Warisan setiap hari rabu dan khamis lepas maghrib masa aku form 4. Doktor yang menyambut kelahiran aku masa aku dilahirkan pun sejuk hatinya tengok aku dapat anugerah. Ntah macam mana boleh sejuk aku tak tau. Dia letak ais kat dada mungkin.

Seterusnya bercerita perihal demam denggi yang aku kena sejak seminggu lepas. Dan danlah kena time final exam pulak. Pergi jawab pekse agama haritu siap berbalut tangan. Orang pelik je apsal kena denggi siap nak balut tangan bagai. Denggi boleh menterseliuhkan tangan ke? Sebenarnya tangan tu dibalut sebab takut jarum yang ada kat tangan aku yg tempat masuk air tu terkeluar sebab tu balut.Kalau dijangkiti denggi kena masukkan air dalam badan. Sebab denggi takut air mungkin.
Aku telah dimasukkan ke ward selama 4 hari 3 malam dan dijaga oleh nurse yang genit2 belaka. Setiap kali nurse tu masuk je nak cek tekanan darah aku serta merta aku sedar dari tidur. Walhal kalau kat kolej kemain susah nak kejut aku tidur ye tak.
Paling best masa kat wad ramai yang datang melawat terasa diri ini dihargai dan ketiadaanku ditangisi ramai orang. Ahah entah apa jadah. Siap ada yang bagi duit tu murah rezeki orang tu.
Harini aku discharge daripada ward dan terasa macam baru lepas keluar penjara. Dengan muka yang selebet, rambut dah panjang, muka berjambang aku keluar daripada hospital tersebut. Siap ada aku dengar sorang budak cakap kat mak dia. " Ma, adik ingat Osama dah mati. Tu apa tu. "
Aku buntang mata kat budak tu pastu terus tersenyum sorang sorang.

Lastly, nak cakap pasal penarikan diri aku daripada skuad taekwondo uitm johor untuk KARISMA. KARISMA tu adalah sukan tahunan antara Uitm Se Malaysia. Tak tahu plak aku KARISMA tu panjang dia apa. Kerana Ayamsekor Rosak Ikan Semuanya Maaak Aii ( KARISMA ).
Mungkin.

Oh ya penarikan diri aku adalah disebabkan aku menyertai pasukan golf uitm johor untuk KARISMA kali ini. Sebenarnya aku menghadapi conflict of interest kerana kedua-dua sukan tersebut telah menjadi minatku sejak kecil. Tetapi aku terpaksa memilih golf kerana pasukan Johor kekurangan pemain. Jadi disini ingin memohon maaf kepada semua rakan seperjuanganku dalam Taekwondo terutama Sir Azli Shah yang telah menetapkan harapan yang tinggi kepada kami. Semoga pasukan Taekwondo akan banyak membawa pulang pingat tahun ini dan doakanlah kejayaanku dalam arena Penggolfan.
Setakat itu sahaja. Assalamualaikum.

The.........

Hari ni aku terpanggil untuk mengemaskini blog milik aku. Cehhhh ayat macam apa ntah. Setelah sekian lama aku tak update blog, harini aku nak cakap pasal tajuk bebas.

Nama aku adalah Iman Naim. Dilahirkan pada 8 julai 1989 di sebuah kedai 7 eleven pada pukul 2.15 pagi. Entah apa mak aku buat kat 7e malam2 tu wallahua'lam. Mengidam slurpee mungkin. Sebelum aku dilahirkan, ayah aku telah pun meninggal dunia akibat tercekik strepsils. Aku adalah anak tunggal daripada seorang adik beradik. Aku di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh mak aku yang bekerjaya sebagai penulis lirik lagu rap. Apabila aku buat salah, mak aku akan marah dengan menyanyikan lagu rap seperti " Maybe u shud listen when i flip the linguistics coz i'mma rip this mystical slick shit , you don't wanna become another victim or statistics of this shit! ". Sekali dengan lenggok2 mak aku rap. Nasib baik tak pakai seluar londeh.

Seperti remaja-remaja yang lain, hobi aku adalah mengumpul setem. Selain itu, aku juga gemar bershuffle. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang peneroka felda. Idolaku adalah Eman Manan, aku begitu teruja dengan lakonan beliau sehinggakan aku menggayakan rambut seperti rambutnya.

Aku kini belajar di Uitm dalam kursus Diploma Pengurusan Bayi Yang Terbiar. Aku agak enjoy dengan kursus yang aku ambil. Baru-baru ini, kami mengadakan program yang diberi nama
' Mari Menari di Rumah Anak Yatim ' . Hati aku tersentuh melihat anak-anak ini kerana aku pon adalah anak yatim.
Nama ayah aku Yatim bin Zachary Arryana Putra. So aku anak Yatim yang yatim. =.='

Aku meminati seorang budak perempuan di tempat aku belajar. Nama dia Saleha. Dia adalah bekas teman wanita aku. Saleha ni kaya orangnya. Setiap hari dia akan ke kelas menaiki kereta Atos putih. Hubungan kami telah musnah setelah dia ditangkap khalwat dengan Norman Hakim. Aku yang begitu kecewa cuba membunuh diri pada ketika itu dengan menelan ubat gegat. Tetapi rakan karibku, Aiman berjaya menyelamatkan aku justeru menghantar aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aiman adalah seorang pemuda yang baik dan bersopan santun tingkah lakunya. Dia adalah seorang vegetarian. Aku berterima kasih kepadanya kerana telah menjadi hero menyelamatkan aku. Seraya Aiman berkata, " Memang tugasku menyelamatkan manusia yg lemah dan memerlukan bantuan seperti kau. Aku dihantar ke bumi untuk membanteras jenayah.."
Aku syak Aiman baru lepas tgok cerita Robocop.

Aku mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Novel baruku yang bertajuk " Cintamu Seharum Shokubutsu " telah mendapat anugerah Novel terbaik untuk tahun ini. Aku juga memenangi anugerah penulis terbaik pada tahun lepas menerusi novel, " Awak, Belikan Saya Blackberry " . Kini aku giat menulis novel bergenre seram pula. Aku dalam proses menyunting novel terbaru ku yang bertajuk " Pontianak Beranak Pinak " dan " Lompat Si Pocong Lompat " .

Dalam bidang sukan pula, aku handal bermain bola tampar. Sehingga aku diberi jolokan "Penampar Gajah" oleh rakan-rakanku. Setakat ini aku telah berjaya memenangi 2 pingat emas. 3 perak, 4 gangsa dan 5 stainless steel dalam pertandingan2 yang aku sertai.

Aku tidak pasti akan masa depanku. Mungkinkah impianku untuk menjadi seorang peneroka felda akan tercapai? Atau mungkinkah suatu hari nanti aku akan mengikut jejak langkah makku sebagai penulis lagu rap? Atau mungkinkah aku akan menjadi seorang sasterawan? Hanya tuhan saja yang tahu. Apa yang aku tahu adalah aku akan melakukan yang terbaik dalam apa jua yg aku lakukan supaya menjadi manusia yg berguna kelak.


*******************

Oleh itu, tamatlah entri kali ini. And i would like to share a story.

The deadliest sad story of a man.....


Last thursday was my Birthday

My wife & kids didnt wish me

i went 2 work,my friends didnt wish me.

i entered my cabin

my Personal Assistance said happy birthday boss

i felt special

she asked me 4 lunch

after lunch she invited me too her apartment

there she said do u mind if i go to my bedroom for a min

ok i said nervously...

she came out few mins later wit a large cake

folowed by my wife,kids,friends

& i was sitting there
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NAKED........

^^


Lelaki

Kali ni aku nak bercerita pasal lelaki plak. Bukan gay , cuma takde idea nak cakap apa.
Seperti yang kita ketahui terdapat banyak jenis lelaki di dunia ini. Ada yang hensem , tak hensem dan lelaki hensem berkata kepada lelaki tak hensem : " You can't face the problem if the problem is your face!" . Lepastu lelaki tak hensem pon balas : " Ahh u r the only reason why god created my middle finger." . Macamtu lah sedikit sebanyak perbalahan yang berlaku antara mereka.

Dewasa kini, macam-macam jenis lelaki kita boleh jumpa. Tapi entri kali ni aku lebih menumpukan kepada lelaki yang bergelar remaja.


THE NERDS

Nerds atau Geeks merujuk kepada perwatakan yang lurus bendul dan mungkin dikategorikan sebagai 'blur' oleh sesetengah pihak. Mereka sentiasa berimej skema seperti memakai seluar hingga ke dada ataupun memakai spek yang sama tebalnya dengan sport rim kereta jiran aku. Apa kena mengena jiran aku dengan cerita ni pon aku tak tahu. Mereka biasanya tidaklah rupawan serta mempunyai hobi-hobi yang aneh seperti mengumpul sticker pokemon dan memerhatikan cicak mengawan. Jenis lelaki seperti ini biasanya dijadikan mangsa buli oleh rakan-rakan mereka kerana sifat mereka yang lurus bendul dan sentiasa menurut perintah.

Strength : Tulus, jujur, jarang menipu, bebas daripada gejala sosial.

Weaknesses : Selalu dibuli, tidak konfiden, sukar mencari pasangan, spek buruk.

Girl's comment : Aww...u kinda cute. Ur innocent face really turn me on..

THE ATHLETES

Bagi atlit atau ahli sukan pula, mereka mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Biasanya mereka mempunyai tubuh badan yang fit dan sihat serta cergas dan stamina kuat. Mereka juga biasanya sangat berdisiplin kerana mereka bersukan kan? Mereka digilai oleh para gadis remaja yang baru nak up kerana mereka bertubuh segak dan macho dan itulah yang diidam idamkan oleh gadis-gadis tersebut. Malangnya, sesetengah mereka terlalu menumpukan kepada sukan semata-mata dan mengabaikan pelajaran. Sehinggakan ada atlit di kawasan aku tidak tahu apa itu good morning dalam bahasa melayu. Apabila aku ckp Morning kat dia, dia cakap : Eh kau, pagi2 dah poning.
Sapo sebona eh yang poning skang?

Strength : Mempunyai susuk tubuh yang cantik, sihat dan cergas, berdisiplin, kuat dan pantas.

Weaknesses : Agak slow dalam pelajaran, akan menghadapi masalah jika mengalami kecederaan yang serius.

Girl's comment : Emm.. boy, it's okay to be a bit slow in ur study..let me educate you, muscle man.

THE GAYS

Ha tgok tajuk pon dah tahu sapa mereka ni. Golongan gay adalah golongan yang suka kepada pasangan sejenis. Agak sukar untuk mengenal pasti golongan ini tapi kata orang, gay biasanya tergolong daripada lelaki lelaki yang mempunyai paras rupa yang menawan, memakai pakaian ketat dan bertindik di sebelah telinga. Memang sejak akhir-akhir ini banyak terdapat golongan gay di negara ini. Aku sendiri pon pernah dituduh gay oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Sesuka hati mereka menuduh aku melakukan perbuatan terkutuk tu.Aku ngurat awek kau kang padan muka.

Strength : Kacak, bergaya, di senangi para gadis dan para 'lelaki'.

Weaknesses : Dilaknat!!!!

Girl's comment : Why should i have a crush on you! You'll never fall in love with me..back off!

THE BOOKWORMS

Kita dapat lihat mereka-mereka ni biasanya cemerlang dalam peperiksaan. Tapi apa yang tidak bagus tentang mereka ialah mereka terlalu menumpukan sangat kepada buku mereka sampai latihan kebakaran pon lupa nak turun. Maksudnya, mereka tidak ada hobi yang lain selain mentelaah buku. Mereka jarang bersukan dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Lelaki jenis ini ialah jenis yang tak biasa curik password wifi bilik sebelah. Mereka juga mempunyai habit meng update status facebook mereka dengan kata-kata hikmat daripada tokoh-tokoh terkenal. Sungguh membosankan.

Strength : Pandai, berpengetahuan luas, cemerlang dalam peperiksaan, rajin.

Weaknesses: Tak berapa nak sihat, membosankan, tak ramai kenalan,tak boleh nak bergurau sikit.

Girl's comment : Ur just okay, u are intelligent and knowledgeable. But u don't go shopping. Bye.

THE konon-konon GANGSTERS
( tangan di dada siku dijilat )

KONONNYA mereka ni hidup berkumpulan. Dan dalam kumpulan tu ada pangkat masing-masing. Bapak, abang long, abang ngah, abangang, abangau, petani, cendikiawan dan sebagainya. Mereka ni sering dilihat bergerak dalam kumpulan yang besar. Mereka sering berimej ganas seperti memakai rantai, gelang, membawa buku lima, pisau, cangkul dan stapler. Mereka tangkas berlawan dan setia terhadap kumpulan masing-masing. Sifat mereka adalah panas baran. Jangan pandai-pandai kau tenung mata mereka kerana dikhuatiri akan berjangkit ketimbit di mata anda.

Strength : Mempunyai 'keluarga' sendiri dan setia kepada keluarga nya, tangkas, boleh tahan macho, tahan lasak (durable).

Weaknesses : Panas baran, mempunyai ramai musuh, sering terlibat dalam pergaduhan, selalu menjadi target oleh lecturer2.

Girl's comment : Bad guys for bad women. Yeah, if u'r rich! Go rob some banks first.

THE PLAYBOYS


Playboy atau kaki perempuan adalah lelaki yang mempunyai ramai kekasih. Golongan ini biasanya mempunyai rupa paras yang tampan, kaya dan pandai menyusun ayat untuk memikat hati wanita. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk memikat wanita yang mereka suka. Seorang playboy dengan playboy yang lain tidak akan sekepala. Ini kerana mereka dengan ego masing-masing. Aku memang tak minat lepak dengan budak-budak macam ni. Aku lebih sanggup lepak dengan serigala jadian daripada lepak dengan diorang.

Strength : 'Charming' konon-kononnya, kaya, bergaya, pandai berkata-kata, berbudi bahasa terhadap wanita.

Weaknesses : Hipokrit, lidah bercabang, telinga bercabang, memang nak kena lempang.

Girl's comment : Ya whatever, i've heard that before. And by the way, i'm Salmah, not Rosnah, idiot!

THE KINDA PERFECT GUYS

Lelaki yang boleh dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Golongan ini biasanya bersederhana dalam apa sahaja. Mereka pandai, handal bersukan, mempunyai ramai kawan, kelakar , bergaya , pandai bertukang dan berfikiran terbuka. Mereka tidak tergolong dalam satu golongan sahaja tetapi boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Mereka juga boleh berfikir secara matang dan mampu membuat keputusan yang bijak.

Strength : Mempunyai segala ciri positif spt pandai, sihat, bergaya dan sebagainya, mempunyai ramai kenalan dan kawan, berlaku adil, bersederhana, tenang dan disenangi ramai.

Weaknesses : Terlalu ramai kawan untuk dilayan juga boleh mendatangkan masalah, tidak boleh melakukan kesalahan kerana mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat, lelaki jenis ini jarang dijumpai dan tidak banyak.

Girl's comment : They say : You can find perfect guys at every corner of the earth. Yeah,where the hell is the corner? The earth is round.

So kepada wanita-wanita di luar sana, pilihlah golongan lelaki mana yang menjadi idaman anda. Semoga anda kekal bahagia bersama pasangan anda hingga ke akhir ayat amiiiiiinnn.

♫ Selamat Pengantin Baru , Selamat Pengantin Baru, Hidup Segan Mati Tak Mahu, Insyaallah You'll Find Your Waaay ♫

Setakat itu sahaja, byeeeeee. * Kitaran hidup : lipas takut tikus, tikus takut kucing, kucing takut anjing, anjing takut tuannya, tuannya takus isterinya, isterinya takut lipas! :D