Mutiara Kata

Entri kali ini, maka genaplah sepuluh post aku sejak menceburkan diri dalam dunia blog. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku sejak akhir akhir ini sehingga tak dapat ditulis, diluahkan serta dibincangkan di blog ini. Cuma ada satu tragedi yang bagi aku agak menarik untuk dikongsi bersama.

Pada suatu petang yang nyaman, aku pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Agak tidak masuk akal jika aku pergi bank untuk berwudhu'. Ketika sampai disana, aku telah terserempak dengan seorang gadis yang tidak ku kenali. Gadis tersebut tampak sangat teruja. Aku sekadar tersenyum tapi serta merta gadis tersebut bergegas ke arah ku.

" Aimannn!! Tak sangka jumpa u kat sini..." kata si gadis.

Aku agak kebingungan untuk memberi respond yg sepatutnya.

" Hai.. sorry saya takda duit kecik..." balas aku ringkas.

" U...ni i laaa..Miss Butterfly laaa (bukan nama sebenar).. " kata si gadis sambil mengerling menggoda goda.

ALAMAK!!

Aku tersentak dengan apa yg baru sahaja aku dengar dan lihat. Bulu tengkuk ku kini meremang. Kedua belah kakiku bagai terbang di awang-awangan. Kalau nak diikutkan, ingin saja aku lari selaju-lajunya dan berselubung di bawah selimut.

Miss Butterfly adalah seorang stranger yang sering menghantar private message pada aku di Facebook. Kisah nya bermula dari sem lepas. Aku biasanya tidak approve friend request dari sesiapa yang tidak dikenali. Bukanlah sombong, cuma aku takut akan perkara2 sumbang yg bakal terjadi. Mungkin org2 tidak bertanggungjawab akan meng crop gamba aku dan paste kannya pada muka Obama. Kemudian Amerika menyerang Britain dan aku pula yg di persalahkan, dipenjarakan, disabit kesalahan di hukum gantung dan mati. Itulah yg aku takutkan. Jadi apabila Miss Butterfly menghantar friend request aku langsung tidak mengendahkannya sebab mutual friends cuma tujuh. Selang beberapa hari, aku menerima satu message di inbox dan mendapati ianya daripada Miss Butterfly.

" Hye.. U nape tak approve i? i ikhlas nak kenal dengan u.. i nmpk u masa minggu orientasi haritu.. approve la i k ;) "

Aku tidak membalas message tersebut.

Keesokan harinya, satu message lagi masuk di inbox aku. Aku macam biasa akan check private message sbb biasanya datang daripada Vegetarian Society yg memberitahu perihal aktiviti2 yg akan dilakukan sepanjang minggu. Tetapi ia dtg dari Miss Butterfly.

" Hye Aiman..smalam tak online ke?? kenapa still tak approve lg ni?? busy ke? take care..."

Annoying betul minah ni.

Aku pun click la dekat page dia, nak jaga hati punya pasal. Padahal dia tak tau pon aku bukak profile dia. Miss Butterfly adalah tipikal gadis gadis melayu dkat Facebook. Free hair, amek gamba sendiri, buat muka konon-konon comel, pastu ada caption ' mmuaah' dkat gambar tu.
Aku lagi sikit nak termuntah.

Aku langsung tak pernah nampak pon dia sebelum ni. Jadi aku biarkan saja message yg dia hantar.

Dia tetap tak berputus asa sampai lah sekarang. Walaupun aku tak pernah balas message dia dia akan hantar message pada aku seminggu sekali. Kadang-kadang kesian pulak aku tgok dia. Tapi kalau approve kang tah macam2 la dia post kat wall aku . Dekat private message pon dah suka hati ckp rindu kat aku laa apa laa. Walhal kenal pon tidak.
Ada satu message dia yg paling tak boleh bla berbunyi macam ni.

" U kalau lah i jumpa u kat luar nanti i akan rasa bersyukur sgt taw, i akan rasa bahagia sgt kalau dpt tgok muka u.. i think u r so perfect dear.. i once heard ur voice and it's so sexy.. walaupun u tak kenal i, i just want u to know that i'm ur number i fan.."

=.='

Perempuan jenis apa lah ini. Aku pernah terfikir nak block dia tapi sebenarnya aku agak terhibur baca message2 yg dia hantar. Bukan sebab terharu, tapi sbb kelakar dan membuat bulu roma aku meremang. Tak sangka ada jugak peminat fanatik aku rupanya. Biasalah, dalam dunia ni macam2 benda yang tak masuk akal boleh berlaku. Samalah seperti mengambil wudhu' di bank.

Berbalik kepada cerita yg berlaku 2 hari lepas, ketika aku terserempak dengan Miss Butterfly di bank, aku cuba untuk berpaling dan buat tak tahu tp dgan pantas Miss Butterfly menarik tangan aku.
Aku tersentak. Aku langsung tak menyangka dia sanggup buat macam tu sekali. Aku cuba melepaskan tangan dia tapi dia berkeras. Wajahnya bertukar sedih. Sekali tengok boleh tahan jugak minah ni. Comel.

Dia langsung taknak lepaskan tangan aku. Aku dah berkira-kira nak mengenakan saman kepadanya atas tuduhan sexual harrasment. Seketika aku memerhatikan sekeliling mana tahu jika2 ada pegawai Jabatan Agama yg memerhatikan kami dan sebenarnya Miss Butterfly sengaja memasang perangkap agar kami ditangkap basah.
Miss Butterfly pon memainkan wataknya seperti drama Nur Kasih.
Mood bertukar serius.

" Aiman.. tolonglah. I tahu I slalu ganggu hidup U padahal U tak kenal pon i siapa kan. U tau tak i suka sgt kat u... i slalu cerita pasal u kat kawan2 i.. ada kawan i yg u dah approve dah pon tp i u tak approve.. "

" oh mungkin member u tu i kenal kowt.."

" memang..u kenal dia, tapi apa salahnya u approve je i?? pnat tau i nak kena pg kat dia baru boleh bukak profile u.. hari2 i tgok profile u..apa yg u tulis..sbb i rindu.."

" Excuse me.. i tak kenal pon u siapa apsal rindu plak ni? "

" I tau.. mungkin i tak exist dalam hidup u tapi u sangat penting dlm hidup i.. u r too perfect.. ur look.. ur eyes.. suara u.. the way u walk..the way u laugh..it's just too perfect.." kata Miss Butterfly tanpa menghiraukan org sekeliling.

Pada ketika itu ada beberapa orang senior part 4 yang lalu lalang.

Salah seorang daripada mereka terdengar apa yg Miss Butterfly katakan lalu tersengih.

" Untunglaa..." kata beliau.

" Oh shit.. " balas aku ringkas.

Aku rasa sangat malu masa tu. Bayangkanlah perempuan yang tak dikenali meluahkan isi hati dia kat kau depan orang ramai. Aku pon dah tak tau nak buat apa sambil cuba lepaskan tangan.
Sampai satu tahap aku sentap tangan aku kuat2 dan dia terjatuh tapi dia masih genggam pergelangan tangan aku lagi. Kesian betul aku tgok dia.

Sebelum Miss Butterfly sambung bercakap, aku cepat2 mematahkan kata kata dia.

" Okay stop.. i tau skarang u suka kat i tapi i tak boleh terima u.. i tak berminat nak kenal dgan u..tak..langsung tak.." kata2 aku agak kasar.

" Tapi kenapa.. i ada buat salah pape ke kat u..." suaranya jadi semakin perlahan. Miss Butterfly seakan tak boleh terima apa yg dia dengar.

" I tak boleh terima u. Sebab u think i'm perfect. I tell u, there's nothing in this world is perfect except Allah. If u like me because of my look, it belongs to Allah..He can take it whenever he wants.. Bila-bila Allah boleh tarik apa2 nikmat yang dia bagi kalau kita mengagungkan org lain lebih daripada NYA. Memang ramai sekarang ni yang dah hanyut dengan cinta hanya kerana paras rupa dan kata2 manis..and I'm not gonna be one of those. I came here to study, not to get to know girls, i'm simply not interested. "

Perlahan-lahan Miss Butterfly melepaskan tangan ku. Dia tunduk dan tak berkata apa-apa.
Dia sempat meminta maaf sebelum pergi. Aku memerhatikan setiap langkah yang diambil.
Aku tahu dia kecewa dengan apa yang aku cakap. Tapi aku perlu beritahu perkara yang sebenarnya.Aku taknak dia menunggu aku dan buat perkara bukan-bukan.

************

Malam tu Amsyar ajak satu kelas JBM1142A makan di Uptown Sektor C. Tapi tak semua yang dapat datang sebab dah balik. Yang ada aku,Amsyar,Baz,Jaie,Apis,Lala,Kak Mi,Mira,Faidi,Burn dan Asma je. Ingatkan ada apahal la rupanya Am saje je nak ajak kitorang makan. Ketika sedang makan, aku ternampak Miss Butterfly dan kawan2 dia. Dan aku tahu dia pon nampak aku tgah makan dgan kawan2 aku. Aku berharap sangat dia tak buat mcm tadi lebih2 lagi depan kawan aku. Mujur dia cuma berdiri berdekatan meja aku sambil berbual2 dgan rakannya.
Lama jugak dia berdiri disitu aku pon x pasti sama ada patut atau tak aku pergi ke arahnya. Aku buat keputusan untuk buat tak tahu je.

Miss Butterfly tapau je malam tu. Setelah dia membayar makanan yang dia beli, dia sempat memandang ke arah ku dan tersenyum. Aku membalas senyuman dia. Kini aku tahu, dia sudah boleh membiasakan diri dan tidak lagi menganggap aku sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

7 comments: