Powered By Blogger

Lama tak update

Nampaknya blog aku ni dah lama tak update. Dah bersawang. Penuh taik cicak. Berlumut sana sini. Lampu kejap ada kejap takde. Kat letterbox penuh surat saman. Dkat dinding2 penuh conteng. Gamba Nazi pon ada. Oke, itu dah macam dokumentari menerjah kehidupan mat pet kat sekitar Gombak.
Aku agak busy minggu lepas. Dengan assignment la, test la Taekwondo laa. Lagi sikit nak botak tengah. Nasib baik aku konsisten menggunakan Sunsilk anti-penuaan. Langsung tak sempat nak update blog. Kalaulah blog ni manusia dan mempunyai perasaan, pasti dia akan menjeling kat aku skarang sambil buat bibir terjeluwek. Lpastu aku pon hantar bunga yang ada kad tulis "I'm Sorry" kat dia dan dia happy sambil melompat lompat riang.
Entah apa jadah.


***********

Minggu lepas aku ada menyertai pertandingan Taekwondo dkat Shah Alam. Best jugak laa. Tapi aku kalah. Masuk pattern je pon. Aku tak masuk sparring sebab tisu koyak. Masa kat sana aku ada berbual dengan seorang amoi gebu.

" U tada lawan ka ini ari?? i tengok u duduk saja dari tadi.." sapa si amoi gebu berbaju Garfield.

" Aku injured laa.. mana bole lawan.." balas aku muka tak berminat nak mengenali lebih rapat.

" Aiyoo..u sakit apa maa?? Sian loww.."

" Tisu koyak..tisu peha.."

" Aiyaa apsal tak ckp..i ada bawak tisu lebih dalam beg maa...hahaha.." balas amoi ajak bergurau.

" Bangang kau moi... " benak ku di dalam hati.

Aku pon berlalu pergi ke cafe meninggalkan si amoi terpinga-pinga. Daripada layan dia baik aku layan pau kacang.

Aku memang takde mood haritu. Dahla frust tak dapat masuk sparring, pagi2 lagi dah dapat message entah apa-apa. Pagi tu aku dapat mesej daripada Celcom.

" En. Aiman Naeim bin Mustaza, anda diminta menjelaskan bil anda sebelum 3 April 2011 di Celcom Center berdekatan.Kerjasama anda amatlah kami hargai.Terima Kasih-Celcom"

"Bil apa pulak niw.. awak ni mandai jew.." balas aku sinis.

Langsung Celcom tu tak balas. Maluw lew tuww...

Sebenarnya aku belum bayar bil Broadband untuk bulan lepas. Aku malas nak bayar sebab dia mengenakan caj yang berlebihan kepada aku yang innocent ni. Balas lambat sikit pon nak caj lebih. Tak belajar topik riba' ke apa masa SPM dulu.

Selepas tamat Taekwondo, aku pon balik ke UiTM Segamat balik. Kepenatannya memang sukar digambarkan dan tak tercapai dek akalmu. Esok tu aku tetap pergi ke kelas. Aku memang berdisiplin orangnya. Jenis yang masa kecik2 dulu sikat rambut belah tepi.

Malam pulak aku tgok movie. Cerita Charlie and The Chocolate Factory. Besok tu terus aku turun bandar Segamat pergi cari coklat. Mengidam poit. Baru tgok cerita tu dah terjebak. Nasib baik tajuk dia bukan Charlie and The Begedil Daging Factory. Hilang title aku sebagai seorang Vegetarian pulak kang.

Esok tu boring lusa tu pon boring hari selepas lusa lagi boring.

Tadi best. Lepas test aku terus bersiap nak balik rumah. Aku pakai contact lens aku yang kaler merah tu. Memang menjadi perhatian ramai la aku tadi. Aku dah bawak pen siap2 mana tau ada yg nak mintak autograph ke. Tapi takde plak. Masa dekat stesen bas ada sorang makcik ni perasan mata aku warna merah. Aku syak makcik tu tak pernah tgok citer Twilight. Dia asek tenung je aku lama lama. Aku pon berpaling ke arah dia secara tiba-tiba sambil buat bunyik "Grrrrr..."

" Opocot mak kau lagu terkini justin bieber menjadi siulan para remaja! " terkejut acik tu sambil melatah.

" Hehe..terkejut la tu..ni contact lens la cik..yang kaler punya...acik kalau nak bole order di premis2 berdekatan.." jelas aku saling tak tumpah macam promoter tuala wanita.

" Fuhh...fuhh...yeke dik..ko nii..acik ingat Edward Cullen datang Mesia.."

Tanpa sepatah kata, aku angkat beg aku terus masuk dalam bas.

Aku syak mak cik ni jenis yang update blog kalau ada masa lapang.

No comments:

Post a Comment