Powered By Blogger

Teori Sesumpah

Pada sekitar pertengahan bulan Mac 2011 , aku telah berjaya mencipta satu teori baru yang dinamakan Teori Sesumpah atau Aiman's Theory of Chameleon. Teori ini sebenarnya takdelah sehebat mana dan hanya ditemui oleh aku berdasarkan apa yang terbayang di ruang imaginasiku. Bak kata Miss Juliana, aku telah menggunakan analogi dengan menggunakan sesumpah dan mengaitkannya dengan kehidupan seharianku.

Teori sesumpah ni aku jumpa secara spontan. Masa tu aku telah di panggil oleh Miss Ju untuk memberi sedikit nasihat atau peringatan kepada kelas tetapi aku langsung tidak mempunyai idea,malah tiba-tiba aku mulakan kata2 ku dengan " Baiklah..hari ni saya nak cakap pasal lampu..."
Satu kelas mentertawakan aku.

Seketika kemudian, aku teringat akan iklan filem Rango yang baru aku lihat malam sebelumnya. Filem itu adalah filem kartun dan mengisahkan seekor sesumpah sebagai heronya. Dalam keadaan yang terdesak tu aku tiba-tiba teringat akan sifat sesumpah yang boleh bertukar warna. Pada saat itu, idea yg datang dalam kepalaku adalah bak awek belasan tahun hiruk-pikuk nak tengok seluar Justin Bieber terlondeh. Saling berebut-rebut nak masuk.

Dan akhirnya, terciptalah Teori Sesumpah.
Sesumpah?
Kenapa dengan sesumpah?
Bukan ke sesumpah suka menipu untuk lari daripada pemangsa?


Betul. Sesumpah akan menukar warna badannya supaya tidak dikesan oleh musuhnya. Tetapi apa yang aku dapat daripada kebolehan sesumpah itu adalah sebaliknya. Bagi aku, itu adalah suatu perkara yang positif.

Kebolehan sesumpah yang boleh menukar warnanya mengikut tempat yang didiaminya adalah sangat menakjubkan.Contohnya, apabila seekor sesumpah lets say aku bagi nama Ranggi. Ranggi melompat ke atas dahan pokok maka badan Ranggi akan bertukar cokelat. Melompat pula Ranggi ke atas rumput, maka Ranggi bertukar hijau. Kemudian melompat lagi di atas batu. Aktif betul ya Ranggi asyik melompat sahaja. Dan bertukar badan dia jadi warna putih.
Apa yang kita dapat lihat di sini ialah kebolehan Ranggi menyesuaikan dirinya di mana-mana sahaja dia pergi. Dan dia juga berasa selesa di mana sahaja. Ketangkasan Ranggi melompat telah menarik perhatian ramai sesumpah betina. Kini, Ranggi bahagia di samping aweknya yang tersayang, Rangup. Rangup dan Ranggi merancang untuk berkahwin sekitar Mei 2011.

Berbalik kepada kebolehan Ranggi, kita seharusnya menjadikannya sebagai suatu contoh atau teladan.Janganlah kita tetapkan diri kita kepada sesuatu bidang atau satu pekerjaan saja. Tetapi kita mestilah mampu menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan. Contohnya, tidak semestinya seorang pemain bola sepak tidak tahu berpidato, atau seorang ahli bina badan tidak pandai menjahit seluarnya yang koyak, atau seorang ustaz mengamalkan aerobic sebelum subuh?? Bukankah itu satu gaya hidup yang sihat.
Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah kita perlu meneroka bidang lain yang tidak ada kena mengena dengan pekerjaan rutin kita. Aku paling tak suka hidup berpuak-puak. Contohnya kat Uitm tu budak budak atlet mana nak lepak dengan budak budak masjid. Budak2 konon2 hot mana nak lepak dengan budak sikat rambut belah tepi pakai spek Harry Potter.
Kap Alip Mon laaa! ( Come On). Kenapa perlu berpuak-puak sedangkan kita hidup sebumbung di bawah paksi yang sama ke arah memartabatkan bangsa dan negara kita. Bangkitlah! (Tersedak-sedak Datuk najib kita,rilek aku tak pasang niat nak jadi perdana menteri pon).

Kita perlulah saling bergaul sesama sendiri tidak kira siapapun diri kita dan dimana pon kita berada. Ceburi lah semua bidang.
Sains,politik,perubatan,sukan,islam,kristian,yahudi,bagaimana nak lukis peta,bagaimana nak buat cocktail,bagaimana nak menjaringkan gol menggunakan telinga,karate do,teakwondo,berpantun,memancing,tarannum al quran,repair kasut koyak dan sebagainya. Jangan jadikan 'aku tak minat' sebagai alasan anda untuk menceburi sesuatu bidang. Percayalah, anda tidak akan tahu kebolehan yang ada pada diri anda jika anda tidak mahu mencuba. Mungkin anda sebenarnya mahir mendandan rambut? Mungkin juga anda ada bakat dalam berzanji? Mungkin dengan satu jelingan, Fasha Sandha pon boleh cair dengan anda?

Jadi, jangan malu, jangan segan. Jadikan diri anda seperti sesumpah. Menukar dirinya di mana sahaja tempat yang disinggah. Samalah seperti kita, dalam apa jua keadaan, dalam apa jua situasi, dalam apa jua kelompok manusia, kita mampu menyesuaikan diri dan tidak kekok untuk bergaul.

Oleh itu, tanyalah diri anda. Sesesumpah manakah diri aku?

No comments:

Post a Comment