A day in his life

Hari ni aku pergi Sunway Pyramid. Watak-watak yang terlibat ialah Aiman,Danny,Jaie,Baz,Lala,Atikah dan Bihah. Kami tak pergi serentak. Masing2 pergi sendiri.

Aku bertolak menaiki komuter dari seremban pada pukul 10 pagi. Ibu dan ayah aku yang hantar aku pergi komuter. Masa dalam kereta ada teringat nak suruh berpatah balik sebab terlupa minum inner shine pati beri. Tapi memandangkan kesuntukan masa, aku terpaksa membatalkan hasrat itu.
Sebelum keluar dari kereta, aku sempat bersalam dan menyium tangan ibu bapa ku dahulu. Penuh sopan santun dan berbudi bahasa tingkahnya. Langsung tak sia-sia diorang hantar aku sekolah agama.

Aku bernasib baik sebab dapat duduk dalam komuter tersebut. Agak ramai orang yang ada pada masa tu. Mat Saleh pon ramai. Masa berhenti dekat stesen nilai, ada seorang makcik dalam lingkungan 60-an masuk,tetapi malangnya seat dah penuh. Aku tanpa berfikir panjang mempelawa makcik tu duduk dekat seat aku.

" Terima kasih ye dik..." kata makcik tu.

" Don't mention it.." balas aku sambil tersenyum manis.

Terpinga-pinga makcik tu.

Seketika aku sedar ramai yang memerhatikan tingkah laku ku yang sangat prihatin itu. Siap ada dua orang mat saleh perempuan bisik-bisik sambil pandang aku.

" He's pretty cute.." macam lah aku tak dengar.

Aku pon buat-buatlah x perasan sambil betul-betulkan rambut. Padahal botak.

Sampai di subang, Lala dah pun tunggu aku. Lala agak terkejut tengok aku botak. Dulu suka betul dia masa rambut aku afro. Asik-asik nak tangkap gambar aku. Dia memang peminat rambut afro. So sape2 yang rasa terpinggir dan di pulaukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai kerana berambut afro bolehlah berkenalan dengan Lala. Kami bertolak ke sunway menaiki Myvi 'biru' milik Danny. Danny seorang yang kacak dan rupawan tetapi malangnya gagal membezakan biru dan kelabu. Puas juga kami mencari Myvi biru rupanya yang dia maksudkan ialah kelabu.
Aku lagi sikit nak terajang.

Sesampai disana, Atikah sudah pon terlebih dahulu datang. Nabihah pon turut sama sampai seketika kemudian. Maka kami berempat pon berasa lapar kerana ternampak restoran2 western yang merangsang nafsu kami. Kami pilih pot Nando's. Aku mcm biasa order sayur. Nak jaga kulit katanya. Tapi aku agak pelik tgok makanan yang diorder oleh Nabihah. Dia order roti pita dengan jagung. Agak bida'ah memakan roti pita bersama jagung. Tapi takpe, lain orang lain taste nya.
Aku redha je tgok dia makan roti pita dengan jagung.

Jaie dan Baz sampai lambat. Jaie drive kereta dia sendiri. Orang dah habis makan baru nak sampai. Baz rilek je makan pakai tangan. Aku ada jugak usha-usha sekeliling mana tahu ada orang memerhatikan gelagat Baz. Mujur Baz tak order roti canai.

Selepas menjamu selera, kami pon pergi tgok wayang. Disebabkan suara majoriti nak tgok cerita Thor, aku pon terpaksa akur walaupun dah pernah tgok cerita tu. Aku sebenarnya bercadang nak tengok Cuti-Cuti Cinta tapi rupanya cerita tu dah lama berhenti ditayangkan. Tah apa mimpi tah aku time tu.

Sebelum masuk wayang, macam biasa mesti beli popcorn dulu. Baz tak beli popcorn so aku pelawa la dia amek popcorn aku. Skali dia makan tak henti-henti. Terus menyesal aku hulur kat dia tadi. Last2 aku bagi dia duit suruh dia beli popcorn baru je terus. Tersenyum lebar gamaknya!

Selepas tgok wayang, kami makan lagi kali ni di Tutti Frutti. Masa tu Nabihah da balik sebab dia tumpang kawan. Baru ingat nak bergambar ramai-ramai. Maklumlah, bukan selalu dapat keluar sama-sama macam ni. Sebab kat Segamat memang jarang bertegur masing-masing. Fokus study kononnya. Siap ada geng-geng tersendiri. Aku langsung tak bersetuju dengan perkara macam ni.
Berbalik kepada Tutti Frutti, ni pun first time aku menjejakkan kaki kesana. Skali aku timbang aiskrim aku lebih seringgit daripada Jaie terus aku tanya cashier tu apasal. Dia ckp sbb aku ltak banyak aiskrim daripada buah. Aku redha je dengan apa yang berlaku.
Di sini dah membuktikan aku adalah orang yang sentiasa menerima pendapat orang lain dan patut di sokong jika ingin dibuat menantu.

Selepas tu kami pon pulang ke rumah. Aku tumpang kereta Jaie untuk ke stesen komuter. Lepas je anta Lala, Jaie pon dah tak tentu arah. Dahla tak tahan nak kencing pastu tak tau jalan. GPS dia pulak buat hal tiba-tiba tunjuk jalan nak pergi Indon.

" Biasalah..made in China..." kata Jaie.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat stesen Bandar Tasik Selatan. Sebelum naik tren, kami sempat makan malam di Cafe sekitar tu. Baz order makanan paling simple iaitu tauhu bakar tapi dia punya sampai paling lambat. Tapi aku puji Baz sebab dia boleh perasan Datin Rosmah berlakon dalam video klip lagu Mawi. At least dia kenal orang-orang penting kat Malaysia ni.

Sampai sahaja di Seremban aku lihat ramai penyokong-penyokong Kelantan sedang menanti tren mereka sampai. Tadi ada perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Paroi. Aku pon bertanyakan keputusan perlawanan kepada salah seorang penyokong Kelantan tu.

" Wah abe, ceghio nampak Kelate menang ko? "

" Dok eh, seghi kosong-kosong.."

" Waduh waduuhh...gawat sungguh! Suda ku bilang Negeri Sembilan memang sukar ditewaskan dongg.." terus terkeluar Indon aku punya tak pandai aku cakap Kelantan.

Si Abe Kelate pon dibiarkan terpinga-pinga oleh ku.

Sesampai di rumah, aku terus online, dan pada pukul 1.41 pagi, entri ini berjaya disiapkan :)

4 comments:

  1. Ni bila kau update ni? Aku baru baca :B Hehe terharu ada nama akuuuuuu :P

    ReplyDelete
  2. eh malam tu aku terus update laa..haha dah lama kowt :)

    ReplyDelete