Karat tu yang kena bersihkan tu...

" Kah2..kau berpantun?? Muka mcm brader tarik kereta je.."

" Kau tak payah nak tipu aku laa.. suara dah garau bak halilintar ada hati nak pantun.."

Itulah ayat-ayat yg terkeluar dari mulut roommate2 ku yg baru akil baligh tu setelah aku menceritakan perihal pantun. Pada bulan julai ni akan diadakan pertandingan pantun di Melaka. Aku dan 3 lagi rakan akan mewakili Uitm Johor. Pertandingan ini agak berprestij kerana diadakan di hotel 5 bintang dan Johan akan menerima Rm5000 serta piala pusingan.

Apa yang mencemaskan ialah otak aku dah berkarat. Susah untuk aku mencipta pantun2 spontan mcm dulu. Jadi Sir Naz iaitu jurulatih kami telah menyuruh kami berlatih membuat pantun setiap hari. Untuk merealisasikan arahan beliau, aku pon mencipta lah entri ini bagi mengembalikan ketangkasan otakku mencipta pantun.


*****************

Rozaimi : Pipi merah baru kena lempang,
Siapa suruh main walaupun dah senja,
Oi Najmuddin Ahmad, si kaki tempang,
Nak ke mana tu sampai terkinja-kinja?

Din : Anak Pak Mael berwajah pelik,
Matanya dua telinganya tiga,
Oi Rozaimi pakai baju terbalik,
Aku kena kejar dengan anjing la gila.

Rozaimi : Pergi menjala terlupa bawak jala,
Last2 boring, pergi hisap tembakau,
Eh aku pulak yang dikatanya gila,
Kau buat apa sampai anjing kejar kau?

Din : Engkau dgan abg kau memang susah nak cam,
Dahla kembar, dua dua taik lalat tersedia,
Aku nampak anjing tu haus je semacam,
Aku bagi 100 plus tersedak-sedak dia.

Rozaimi : Nak kata bangang UPSR 5A,
Tapi memang sah bangang PMR kau tak lulus,
Bertambah bangang SPM kau langsung takde A,
Tapi takpe yang penting niat kau tulus.

Din : Sungguh sedap kerabu pucuk paku,
Ditambah dengan sayur peria,
Sungguh sedap kau mengata aku,
Daripada engkau, SPM tak ambik ada hati nak jadi lawyer.

Rozaimi : Pergi Jamban naik kereta,
Membazir minyak, membazir bateri,
Sesuka hati kau je berkata-kata,
Bila masa plak lawyer, cita-citaku Perdana Menteri.

Din : Main bola pakai jubah,
Memang sah ajak bergurau,
Eh kau ni bila nak berubah?
Sudah-sudahla tu jom la ke surau.

Rozaimi : Perut dah senak otak dah buntu,
Siapa suruh ketawa berdekah-dekah,
Bagus jugak idea kau tu,
Jomla ke surau, mintak sedekah.


****************

*Alhamdulillah kebelakangan ni rezeki melimpah ruah, setelah dapat result yg baik dalam peperiksaan aku dapat pulak peluang menyertai pertandingan pantun ni. Yang terbaru tadi sesampai je kat rumah terpacak Taylormade R7 kat depan bilik aku. Taylormade R7 tu sebatang kayu golf ye untuk pengetahuan semua yang mana kalau beli kat kedai harga mencecah RM 700 lebih. Itu kawan ayah aku yg bagi. Alhamdulillah dah rezeki aku.

Untuk melepaskan kegembiraan ku itu aku terus berlari ke keyboard piano aku dan memainkan lagu Symphony no 9 sekuat hati. Seketika aku tersedar dan menjenguk keluar rumah mana tahu ada jiran-jiran ku yang tak senang diperlakukan sebegitu. Memang sah ada, makcik sebelah rumah aku meninjau ninjau ke rumah aku. Apabila nmpk je aku, dia pun buat-buat tersenyum. Macam lah aku tak tau dalam hati dia cakap : " Kenapalah kau ni balik tiap-tiap minggu Aiman.. My life would be better without you.."

Tehehe.

2 comments: