Best tak jadi perempuan??




Aku ada terbayang macam manalah kalau aku ni perempuan. Susah x jadi perempuan? Lagi best jadi lelaki ke perempuan? Oleh itu, aku telah senaraikan beberapa perkara yang akan berlaku jika aku seorang perempuan.


1) Paling penting sekali mestilah kena pakai tudung. Bestnyee kalau dapat gayakan pelbagai jenis tudung. Yelah sekarang tudung kan ada macam2. Tudung Yuna ada , Ekin , Waheeda dan banyak lagi. Nasib baik AC Mizal tak bercadang nak design tudung sempena nama dia.

2) Yang kedua kalau aku jadi perempuan tak perlulah aku bina badan dan pergi gym selalu. Yelah perempuan tak perlu pon ada 6 pack. Diorang hanya perlu kekal slim yang mana begitu mudah untuk dilakukan. Mereka juga tak perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti telur separuh masak 10 biji sehari. Cuma perlu jaga kecantikan dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. (Bukan nak promote vegetarian)

3) Seterusnya jadi perempuan ni senang kalau muka cantik. Kalau pandai memujuk dan menggoda lagi bagus. Contohnya kalau bawak2 kereta skali takde lesen. Dgan suara yang menggoda dan wajah yang meminta dikasihankan, seseorang perempuan boleh terlepas daripada di kenakan saman. Kalau lelaki cam aku yang buat gaya menggoda tu memang x lepas de jep. Lagi double saman tu ade la.

4) Senangnya jadi perempuan ni. Kebanyakan aku tgok dalam movie-movie apabila suami dia pergi berperang isteri dia mesti duduk rumah jaga anak dia. Suami dia mati dia kawen ngan kawan suami dia. Patah tumbuh hilang berganti. Lain lah macam lelaki, kalau ada peperangan mesti kena banyak berkorban nyawa dan harta demi negara dan keluarga. Si isteri rilek je dok rumah tengok maharaja lawak sambil makan kuaci.

5) Lagi senang kalau nak pergi jalan-jalan dekat midvalley naik komuter. Siap ada coach untuk wanita. Warna merah jambu lagi. Takde lah kena bersesak-sesak dalam tren dengan negro yang 'seharum lavender' tu. Pastu dah nama pon cun mesti akan jadi perhatian ramai punya dekat Midvalley. Siap ada yang buat-buat kenal lagi. " Eh, tgok tuu...Beyonce laa! ".
Apa jadah Beyonce lepak Midvalley.

6) Make up. Best poit jadi pompuan siap boleh ada bulu mata lontik. Pastu boleh pakai gincu, pipi di merah merahkan, pakai eyeshadow, pastu kelip kelipkan mata selaju yang mungkin nak menunjukkan betapa lawa mato eh. Kalau aku la yang buat camtu pakai bulu mato lontik kelip kelip mato laju2 mau kena lempang dengan nenek aku.

7) Perempuan juga mempunyai suara yang halus dan lembut. Kalau cakap dalam telefon enak je telinga mendengarnya. Kalau macam tu punya suara mau 2-3 jam berborak dalam telefon. Pastu bila nyanyi, alaaahai lembut dan merdu nya suaramu bak burung-burung bercicip di kala terbit mentari mencari rezeki. Ada sekali tu aku dapat miscalled daripada nombor yang aku tak kenal, so aku kol la balik. Dengar je suara aku terus mamat tu letak telefon. Kurang ajar. Aku taulaa suara aku tersangat jantan!

8) Bergosip. Kan bes kalau aku dapat bergosip macam perempuan. Aku nak jugak dengar gosip pasal artis kahwin lari mati tercekik mentos. Ataupun artis wanita tumbuh bulu kaki akibat botox. Petang2 je keluar rumah mesti ada benda yang di gosipkan. Lain lah macam aku, asal petang je main bola, sampai cerita artis ragut mat rempit pon aku tak tau. Artis ragut mat rempit tuu~. Tak ke bida'ah sangat bunyinya.

Jadi memang benarlah orang cakap, best sebenarnya jadi perempuan ni. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi. Jadi kepada para perempuan di luar sana, bersyukur lah kerana menjadi seorang perempuan ye.


" Bang.. lepaskanlah saye bangg... saya punya lesen kena curi dengan bangla..dia ckp dia suka muka sy dalam tu...pleaaaseee ;( "

Tergoda x?? haha..

P/s : Sejak akhir-akhir ni ada yang bgtaw yang diorang suka blog aku. hehe. thanks korang yang sudi baca blog. Ni amek link, ni lah boleh dikatakan karya pertama aku sejak menceburkan diri dalam bidang penulisan ni. hoho. :)

11 comments:

  1. haha. setiap jantina ada kelebihan dan kekurangan. btw, kau sgt AYU. aku suka :p

    ReplyDelete
  2. ni mesti curik tudung ibu kan??? HAHAHAHA. sengal tak boleh blah =P

    ReplyDelete
  3. aziha : haha thank u..mcm ekin kan? ahah

    qiqi: hai! haha

    angah: bukan curik..pinjam je laa..haha

    ReplyDelete
  4. errr adik single lagi ke ?
    boleh minta nombor tak ?
    saya nak telefon adik
    nak mencarut kuat-kuat kahkahkah

    ReplyDelete
  5. HAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
    taktahan douuu -.-'

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. abul: haha alaa apa abang ni...naughty tauu nak mencarut kat kita.. :(

    aisyah: haha.. cun khannnn?? :D

    ReplyDelete
  8. eee.....ko mmg x bole jadi perempuan..takot aku tgok...laki2 lain don't try at home...hahhaha

    ReplyDelete