Mengayat

Sabtu lepas aku, Radzi dan Sadiq pergi lepak kedai mamak sebab nak tengok bola. Radzi bawak member dia yang baru habis SPM tu. Tengok pun dah tau anak orang kaya sebab lepak mamak pun pakai seluar pendek nampak peha gebu macam taufufa. Jenis yang kalau update status " Tak tahan nak kencing.. " pun dua tiga ratus orang like. Nama dia Anisa.

Aku usha usha Sadiq memang tak senang duduk dia malam tu. Lain betul perangai dia. Suara pun lembut semacam order roti naan tandoori. Aku lagi sikit nak terajang kerusi. Aku pulak pandang tak pandang je si Anisa tu. Bukan taste aku la senang cakap. Yelah, aku kan baik baik punya orang. Jenis yang tak biasa tidur lepas subuh.

Tiba tiba Radzi bersuara.. " Anisa ni single lagi, korang kalau terer ayat la dia..haha "
Anisa pun malu malu beaver sambil cubit cubit bahu Radzi. Aku yang baik ni meluat tengok telatah diorang. Sadiq suka. Dia siap tanya lagi " So apa ciri ciri lelaki yang you suka.. "
Terus terniat aku nak curah milo ais dalam kuah dal dia. Kalau perempuan cantik nak pakai I You je. Haritu Radzi bawak si Shira yang gigi aneh tu pakai Aku Kau pulak. Munafik punya orang. Memang dari kecik dia macam tu. Dulu kalau cikgu tanya mana kerja sekolah dia mesti jawab dah siap tapi tertinggal kat rumah. Macam lah cikgu tu jenis yang tak ambik diploma punya orang.

" First i suka lelaki yang kelakar, baik, tak kaki perempuan dan yang paling penting kuat agama..hehe "

Aku dan sadiq berpandangan satu sama lain. Radzi kecoh kecoh sebab Torres score hat trick pun kitorang buat tak endah. Selang beberapa minit Sadiq pun mulalah keluarkan ayat ayat manis dia.

" I tak tau lah kan tapi org ckp i kelakar, siap ada orang offer nak vote i kalau i masuk raja lawak.. hehe "

Aku pun serta merta bisik kat telinga Sadiq.. " B to the A to the B to the I.. "

" Eleh tipuuuu.. haha habis tu, tu baru satu, you baik ke? " bersuara si Anisa dengan comel sekali macam perempuan yang dalam iklan Hotlink tu.

" Eh i baik tauu.. jenis yang tak pernah langgar lampu isyarat, tak caya tanya Aiman.. " jawab Sadiq dengan bidaah yang ternyata palsu.

" Hahaha..okayy i percaya..okay last..you kuat agama ke? jeng jeng jeng hehe.. "

Masa tu aku dah nak cakap yesss kuat kuat da sebab aku tau Sadiq tak tau nak jawab apa. Tapi dia bersuara lagi..

  " Emm Aiman, haritu kau ada pinjam aku punya DVD Al Quran Interaktif kan? Bila kau nak pulangkan, aku rasa tak cukup je hari hari aku kalau tak dengar benda tu. "

Aku tanpa membalas terus suruh mamak tu kira. Radzi pulak aku tengok muka dah macam baru menang peraduan teka dan menang MyVi dah sebab Chelsea menang 6-1 . Sadiq langsung aku tak tegur masa balik. Kaki mengayat punya orang.

6 comments:

  1. kahkah ini memang tak boleh blahh -.- gila kreatif bab mengayat!

    ReplyDelete
  2. HAIYAAA INI KES PON ADA KA? HAHAK KELAKO LAA KORANG NI!

    ReplyDelete
  3. wahh terkejut tiba2 org tak dikenali komen

    ReplyDelete
  4. comel noe perangai korang. HAHAHA

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Nak tau org tu kuat agama ke tak, tak payah nak tanya. Perhatikan je la. Kdg2 dari segi pertuturan pun dpt bezakan.~~ Sama mcm kalau kita tanya pencuri "kau ni pencuri ke?", mestilahh dia tak jwb yes kan. Bezanya pencuri susah nak "detect" dari pertuturan. Hihihi.

    ReplyDelete