Powered By Blogger

Integriti

Situasi satu menggambarkan seorang kanak-kanak lingkungan 4 tahun sedang memerhatikan ibunya yang sedang memasak.

" Ibu tengah masak apa? Adik lapar laa, ibu masak sedap2 eh. "

" Baik tuan, tuan nak makan apa apa pon boleh tuan." balas ibunya berjenaka.

" Hehehe..klakar2.. kenapa tak masuk raja lawak? " kata anaknya sinis.

" Adik, tolong ambilkan serai, serai itu rupanya panjang,nipis dan berwarna hijau. "

" Baik tuan , tuan nak apa apa pon boleh. "


***********

Selang beberapa minit, si anak yang berusia lingkungan 4 tahun kembali mendapatkan ibunya.

" Ibu, nah ini serai yang diminta. "

" Kaki tumit kau ni serai, ni iPhone kakak kau yang ber casing hijau lah sengaaaall!! "

Si anak ketawa kecil sambil berlalu pergi dan mengajuk ibunya dengan gaya Usop Hantu Kak Limah.

" Kite bakor jelee iPhone tu. " sambil menggoyang goyangkan tangannya.



Apa yang dapat kita lihat disini adalah nilai integriti yang terdapat dalam diri kanak kanak tersebut. Kita dapat lihat nilai yang baik terdapat dalam dirinya seperti boleh dipercayai, amanah dan berpegang pada prinsip.Walaupun apa yang diminta oleh ibunya berlainan dengan apa yang diberikan, perbuatannya tetap perlu dipuji kerana menepati ciri-ciri yang tergambar dalam ruang imaginasinya. Ibunya, hanya menyatakan ciri-ciri serai tanpa memperincikannya dengan lebih mendalam lagi. Jadi, sebagai seorang kanak-kanak, batas pemikirannya amatlah terhad kepada ciri-ciri yang diberikan tanpa menjangka apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan 'serai' tersebut. Kebetulan pula yang ditemuinya iaitu iPhone milik kakakknya mempunyai ciri-ciri yg sama seperti yang digambarkan oleh ibunya. Nilai integriti perlu ditanam di dalam diri setiap individu kerana apabila seseorang itu meningkat dewasa, dia akan dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih teliti dan dapat membuat keputusan dengan baik berdasarkan penerangan dan klu yang diberikan.



***************


Situasi dua memperlihatkan seorang remaja sedang keluh kesah resah gelisah di pinggir katilnya.Di atas katilnya terdapat sebuah laptop dan beberapa kotak kismis. ( Kismis ini langsung tiada kena mengena dengan cerita ini, wataknya berhenti setakat ini).
Datang seorang rakan ke arah Lobak (bukan nama sebenar) secara tiba-tiba.


" Kau kenapa Lobak? Awek lari? " langsung tak bagi salam.

" Aku risau lah krisis pemanasan global yg meningkat di Edmonton,Canada kebelakangan ini ."

" Oh aku ingat kau risau kan jiran kau yang depan rumah tu. Aku dengar dia baru kena bisul dekat bahagian 'berkembar itu'. Tentu sakit. "

" Taklaa..kau nii..sebenarnya...emm..aku sekarang ni tengah runsing sama ada ingin mempunyai blog ataupun tidak... Santan, Cendawan dan Petola asyik memaksa aku membuatnya sahaja..aku agak rimas! " rintih Lobak.

" Alaa kau ni..dulu kau jugak yang dah berjanji tak nak ada blog..kau kata nanti Lisa Surihani asyik stalk kau saja.. kau peganglah dengan kata-kata kau itu."

" Tapi... sekarang ni prinsip aku dah berubah..aku memerlukan blog untuk menambah kenalan...Ahh kau ni tidak membantu langsung, nyah kau dari sini!! " tengking Lobak kepada rakannya.

" Awwwwwww... mmarah kau nyah! Iyelah mak gerak la ni . " Sambil menonggek pinggul dan berlalu pergi.

Tanpa membuang masa, Lobak terus mendapatkan laptopnya dan terus mencipta blognya sendiri yang diberi tajuk Me Love Piranha and Porcupine.

Istinjak yang kita dapat...maaf, Iktibar yang kita dapat daripada cerita diatas adalah sifat integriti perlulah tersemat utuh di dalam diri seseorang. Janganlah jadi seperti Lobak dimana dirinya mudah dipengaruhi dan dengan mudah melanggar prinsip hidupnya untuk tidak mencipta blognya sendiri. Walaupun tidak salah untuk memiliki blog, tetapi niat asalnya untuk tidak memiliki blog supaya tidak di stalk Lisa Surihani adalah niat yang agak murni. Akhirnya dirinya akan menghadapi masalah-masalah yang tidak diingini seperti di stalk oleh Hetty Koes Endang dan di Follow oleh bapuk Subang Jaya.

Marilah bersama-sama kita memupuk dan menyemai sifat integriti dalam diri kita supaya kita dapat hidup dengan lebih aman dan bertamadun. Hindarkanlah diri dari terjebak dengan rusuhan dan aktiviti aktiviti kurang berfaedah seperti mencuri kabel elektrik dan meliwat bekas pembantu peribadi.

10 comments:

  1. sabo je laaa baca blog aiman ni...hahaha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alang2 aku dah TERskodeng blog ko ni,,ak follow la..nnt letak la shoutbox...senang nk bg link..

    ReplyDelete
  4. hahaha...thx follow hanani...
    kak shila mmg kenal laa..haha

    ReplyDelete
  5. same2 vege a.k.a pak cik naiem..ko x nak follow aku ke??hehehhe...gurau je..jom la jenguk2 blog aku....walaupn x interestng lngsong..hehehe..

    ReplyDelete
  6. memang silap...mne ade ko follow ak..ak baru perasan shout box ko...bawah bona ni...

    ReplyDelete