Kemanisan Dalam Kebingungan

Tadi baru habis test statistics.Kesukaran yang aku hadapi tiada terperi.Keluar je daripada dewan tadi kusut masai rambut aku.Tali pinggang pon boleh terbukak.Kembung kembung perut aku jawab soalan tu.Susah gila aku cakap kau.Aku toleh sebelah,ada sorang budak pompuan ni lagi x boleh bla. Anak tudung dia sampai boleh terkeluar daripada tudung dia.Padahal orang dah tak pakai tudung trend macam tu lagi dah sekarang.Ni nampak sangat rumah takde astro.

Malam tadi kerja aku menghafal formula je.Sepatah halal pon aku tak ingat. Aku punya mulut bising sangat hafal formula sampai Mirul, roommate aku lagi sikit nak terajang.Masa tu dia tengah bincang politik dekat page Facebook Mahathir.Oh ya, Mirul ni baik orangnya.Jenis yang tak biasa kencing berdiri.Ada satu hari tu aku google Paris Hilton punya gambar.Terus Mirul jeling aku tajam tajam.Tersedak sedak aku yang pada ketika itu tengah pekena biskut Hup Seng. Terus aku taip Maher Zain dekat Goggle Search.

Otak aku punya tepu hafal formula statistics sampai pagi tadi aku jadi sedikit tak betul. Bangun je subuh, aku terus pack pack barang. Membe2 aku tengok je gelagat aku tanpa mampu berkata apa apa.

" Err.. kau nak pergi mana Vege? Bukan kau ada test ke pagi ni? " tanya Mirul.

" Aku ingat nak pergi Umrah. "

Aku tengok budak budak bilik aku berpandangan antara satu sama lain. Lepastu ketawa berdekah dekah sampai imam kat masjid pon boleh terkantoi suara kecilnya dek terkejut.
Beberapa ketika aku pon sedar dari lamunan. Cepat cepat aku bersiap ke bilik air. Tengah2 aku bergegas ke bilik air tu boleh aku tak perasan yang lantai tu licin. Aku punya tersungkur mengalahkan gaya Khairul Anuar Baharom berlakon untuk mendapatkan penalti. Bedebek. Satu kolej bergema. Aku pandang kiri kanan. Dari jauh aku ternampak sekumpulan cleaner sedang mentertawakan aku. Perempuan pulak tu. Celake! nasib baik tuala aku tak terlucut. Kalau tak tentu makcik makcik tu add aku kat Facebook dan hantar wall post bukan bukan.

Selesai je test tadi aku dan rakan rakan kelas pergi ke bandar segamat. Kami makan tengah hari di sebuah restoran india muslim berdekatan. Sampai je dekat restoran tu aku terus tersenyum.
Aku dah agak restoran ni memang banyak masak sayur. Aku pon amek la sayur sayur tu dengan penuh nafsu syahwat. Habis je makan, bil pon sampai. 5 ringgit sayur aku makan, bidaah sangat bunyi nya tu. Tapi tak kesahla, janji kenyang. Kali ni tali pinggang aku terbukak lagi. Tapi bukan sebab cubaan mengingat formula statistics, tapi sebab perut kenyang hati girang.

Sebelum balik aku beli sepaket biskut, setepek Eno dan sehelai tali pinggang baru. :)

2 comments: