Recently...

Beberapa hari lepas aku menyertai pertandingan berbalas pantun sempena minggu terbuka kolej. Team yang aku wakili, Sempana Riau berjaya menjadi Johan pertandingan itu. Kami mengalahkan Team Persida pada perlawanan akhir dengan jurang mata yang agak jauh. Pemantun pertama aku, Qamarul telah dipilih menjadi pemantun terbaik. Pada perlawanan itu, keluarga aku datang untuk memberi sokongan. Aku terharu.

" Kenapa cembeng dik?" tanya seorang makcik.

" Saya terharu mak ayah saya datang tengok saya bertanding." balas aku sambil mengesat pipi.

" Ohh..mak cik pon tak suka makan puding."

" Pokak org tuo nii.." benak hatiku sambil berlalu pergi.

Selesai pertandingan, aku dan team aku terus duduk di tempat penonton. Masa aku turun dari stage tu tiba tiba seekor katak melompat depan aku.

" Aku benci amphibia..aku benci amphibiaaa!! " jerit aku sambil menutup telinga.

Mujur tiada siapa yang dengar kerana pada ketika itu hadirin sedang asyik mendengar ucapan daripada ketua juri.

Apabila keputusan di umumkan kami langsung tidak rasa berdebar. Memang kami adalah pilihan utama untuk menjuarai pertandingan ini. Shafiq, pemantun kedua siap tulis status FB sebelum pertandingan bahwa beliau akan menjadi juara. Jika apa apa berlaku sebelum pertandingan seperti, kecederaan metatarsal Qamarul datang lagi , atau tiba tiba aku hilang jati diri dan hilang kawalan minda, pasti akan menyukarkan kami pada perlawanan itu justeru menyebabkan status Shafiq tadi terpaksa di remove. Mujur tidak ada apa apa rintangan yang berlaku dan kami dengan mudah membidas pantun pantun yang di beri oleh team jahat.


*********

Pagi tadi aku sekeluarga pergi ke rumah pak long untuk persiapan perkahwinan abg Ikhwan yang bakal berlangsung 2 minggu lagi. Aku ditugaskan untuk mengacau dodol. Tatkala asap daripada kayu2 itu terbias ke muka dan mata, kepedihan yang dirasai adalah lebih pedas daripada jintan putih. Melihat mata ku yang mula berair, pak tam menegur ku sinis.

" Aii..takkan terpilih sebagai pengacau dodol pon nak terharu man.. dah2 jangan sedih2.."

Kalau diikutkan hati ingin saja aku mencampakkan selipar aku kedalam kuali tersebut, Mujur aku masih mampu mengawal perasaan.

Selepas selesai, aku dan sepupu sepupu pergi melawat ke Muzium TUDM terletak tidak jauh dari rumah pak long. Aku memang sudah perasan akan kewujudan muzium itu sejak sedasawarsa yang lalu tetapi tidak pernah terlintas pon di fikiran untuk pergi ke sana. Entah apa jadah kebetulan petang tadi aku tiba tiba berminat mempelajari sejarah. Aku meniti setiap liku liku muzium itu dengan penuh rasa patriotik dan bangga akan pejuang pejuang kemerdekaan. Kadang kadang aku terasa seperti seorang hipokrit. Kerana aku bukanlah seseorang yang meminati sejarah.

Kami pulang kerumah kira kira pukul 6 petang. Orang ramai mula memenuhi ruang legar rumah pak long selepas solat isyak untuk jamuan makan malam. Selesai makan, aku ditugaskan untuk membasuh pinggan bersama beberapa orang sepupu ku yang lain. Ketika sedang asyik bekerja, kami dihiburkan dengan Hajar yang asyik bercerita perihal bujang senang.

" Korang nak tau tak...Bujang senang ni Buaya Jadian.. Cikgu aku cakap bila waktu maghrib je dia bertukar jadi manusia untuk sembahyang..Lepastu dia ada suka kat sorang perempuan ni tapi pompuan tu suka kat lelaki lain.. Bujang senang pon kecewa lalu memakan lelaki tu dan pompuan tu.. Lepas tu, keturunan keturunan lelaki dan pompuan tu yang mandi kat sungai tu akan dimakannya.. Masa diorang tangkap bujang senang ni kan, diorang belah perut dia..banyak terjumpa wallet laa beg tangan laa..macam macam laa.. jam tangan suma ada.."

Tiba tiba datang Aqil yang berusia 7 tahun entah dari mana.

"Kak ngah Hajar, dalam perut buaya tu kan.. orang ada jumpa jam Ben 10 tak?"


Ruang dapur rumah pak long meriah dek hilai tawa anak anak buahnya.


Aku dan keluarga pulang ke rumah pada pukul 12 malam. Walaupun penat, aku kategorikan perjalanan hari ku sebagai menarik dan mencuit hati.

3 comments:

  1. yo2 je menghayati sejarah. bukan kamu menghayati dslr ke? haha
    btw, aqil 6 tahun laa....

    -angah-

    ReplyDelete
  2. haha...sokog sarah... tau xpe...setiap gmbar paling byk muke dy laa..

    ntah nyer...umo aqil pun xigt ker...kecian...

    ReplyDelete
  3. haha aiseh obsesi fotografi...huhu

    haah kan diorang beza 2 tahun 2 tahun..huhu

    -aiman-

    ReplyDelete