Powered By Blogger

Isu Semasa

Baru baru ni kita digemparkan dengan berita Jepun diserang Tsunami. Walaupun berita ni tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan cerita Singapura diserang todak, tragedi ini tetap menimbulkan kesedihan dan simpati kita kepada mangsa mangsa. Ternyata tidak ada apa apa yang mampu menghalang kuasa tuhan yang mengkehendaki sesuatu terjadi kepada hambaNya.Tenggelam segala hero hero yang acap kali disebut sebut dan dibanggakan seperti Ultraman, Goku, Naruto dan Digimon. Jika benarlah mereka ini mempunyai kuasa kuasa yang hebat,mudah saja perkara ini dapat diselesaikan. Contohnya dengan hanya mengumpul 7 biji Dragon Ball, Goku dapat menyeru seekor naga besar justeru mengarahkannya untuk menyelamatkan mangsa Tsunami. Selain itu, Doraemon pula boleh menggunakan kecanggihan teknologi yang dimilikinya seperti menggunakan pintu suka hati dengan menghalakan Tsunami itu ke negara jiran, atau menggunakan alat untuk kembali ke masa lepas untuk memberitahu penduduk Jepun perihal Tsunami yang bakal melanda. Detective Conan pula boleh menggunakan kepintarannya dengan menyiasat siapa sebenarnya dalang yang mengakibatkan Tsunami dan membanteras jenayah Tsunami yang berleluasa. Kumpulan Super Junior pula boleh menggunakan kekacakan mereka untuk mewujudkan Tsunami manusia di konsert mereka justeru dapat melawan Tsunami air.
Padahal diorang Korea.

Dengan kerjasama semua kartun, Insyaallah masalah ini dapat diselesaikan.


*************

Rakyat Malaysia sangat berbangga dan berbesar hati akan kejayaan yang menimpa Lee Chong Wei yang berjaya menjadi johan dalam kejohanan All England. Beliau menewaskan musuh dalam boxernya, Lin Dan pada perlawanan akhir. Ada juga rakyat Malaysia khususnya wanita yang kecewa akan kekalahan Lin Dan kerana tidak dapat menyaksikan tarian robot separuh bogel yang menjadi trademark nya sejak akhir akhir ini. Entah apa kena mengena tarian robot dengan Badminton pon tak tau. Bercakap mengenai kekalahan Lin Dan, terdapat beberapa sumber yang memberi pendapat akan kekalahan beliau.

" Kalau kau perasan, Lin Dan tak pakai botol air yang dia selalu pakai.. Selalu putih, ni kuning! "

" Aku rasa dia x dapat fokus sebab mungkin dia ada keluarga yg menjadi mangsa di Jepun kot weyy "

" Aku rasa dia mamai kerana minum ubat batuk melebihi dos yang disyorkan.. "

" Aku rasa Chong Wei buat memek muka yang menjengkelkan seperti menjelirkan lidah atau membuntangkan mata.. dan ini telah menakutkan Lin Dan ! "


Pelbagai pendapat diterima tetapi kesahihannya tidak dapat di buktikan. Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga atas kejayaan yang di capai oleh Datuk Lee Chong wei itu.


***********

Pilihanraya ke-10 di Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi. Pelbagai kempen diadakan oleh pihak kerajaan manakala pihak pembangkang terus menerus melakukan provokasi yang tidak munasarawak. Pelbagai agenda dibentangkan, pelbagai janji dikemukakan. Jika saya adalah calon yang akan bertanding, saya akan menggunakan agenda ' 1 Sarawak kearah Masyarakat Pemalu ' . Agenda yang saya kemukakan adalah berikutan kebiasaan suku-suku kaum di Sarawak seperti Penan, Iban dan Bidayuh yang tidak gemar memakai baju. Dengan menyedarkan mereka akan kepentingan berbaju, secara tidak langsung mereka akan sedar akan kejahilan masa lampau mereka dan akhirnya menjadi masyarakat pemalu. Sehingga satu tahap mereka sendiri akan mentertawakan gambar gambar lama mereka yang di tag oleh kawan kawan mereka di Facebook.

" Sigatmai ia...kenapak kitak enggak ngmakai baju?? brengset loe.. " lebih kurang begitu.


Kesimpulannya, kita perlulah prihatin terhadap segala yang berlaku di dalam dan luar negara. Janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung. Jika mahu sangat duduk dibawah tempurung sekalipun, tebuklah beberapa lubang agar masih mampu melihat dunia luar. Kelak, kita akan menyesal dan pada waktu itu,tidak ada gunanya menangis air mata darah sekalipun.Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

1 comment: