Powered By Blogger

Week Highlights

Minggu ni minggu yang agak menjbewek jebwek bagi Aiman Naeim. Pada hari isnin, aku telah diserang migrain buat pertama kali. Kak mi cakap punca aku diserang migrain tu adalah mungkin kerana tekanan darah yang tinggi. Aku agak ragu ragu tapi mungkin juga, kerana pada hari tu aku ada terhilang sabar kejap sehingga meracau racau dan memecah mecahkan tingkap kelas.Tidak.Aku cuma hilang sabar terhadap kesalahan aku sendiri, dan meninggikan suara kepada orang lain.Aku berasa bersalah dan kecewa terhadap diri aku. :((
Balik daripada kelas, aku terus bersiap siap untuk menggantung diri kerana terlalu kecewa tetapi dihalang oleh kawanku Nasir. Nasir ni antara kawan ku yg paling rapat. Kami bertemu sejak Part 1 saaaaaammmpai lah sekarang. Padahal baru Part 2 je pon.Bunyik macam dah rapat jenis yg mandi sama sama punya rapat. Ha Nasir ni sering mengadu kat aku yang saiz 6 packs dia tak seimbang. Dia kata pack dia yang ke 5 (kedudukan kanan paling bawah) lebih kecil daripada pack ke 6 (kedudukan kiri paling bawah ) . Aku memberi pendapat bahawa mungkin posisi badan dia sedikit ke kiri ketika melakukan gerakan sit up. Faiz pula berpendapat bahawa mungkin dia mempunyai masalah pada alat kelamin. Kami berdua mengepung Faiz dan menyerang ginjal, rusuk kiri dan ulu hati nya secara bertubi tubi.
*Menjbewek jebwek= menyeronokkan

Pada hari seterusnya, aku bangun pagi dengan tercungap cungap. Hal ini kerana, aku bermimpi dikejar seekor hantu di sebuah stadium hoki. Bunyi macam kurang mengerikan tetapi anda tidak berada dalam mimpi itu bukan? Jadi anda tidak tahu. Macam biasa roommate ku akan mentertawakan aku sebaik melihat aku bangun tidur. Kalau nak diikutkan ingin saja aku membalas perbuatan mereka dengan mencabut butang Caps Lock pada laptop mereka, kerana itu saja yang terlintas difikiran tatkala baru bangun tidur. Tidak banyak yang boleh difikirkan dengan muka yang selebet. Tetapi aku membatalkan hasrat ku kerana memikirkan kesan yang akan berlaku kelak. Mungkin jika Caps Lock mereka tidak ada mereka tidak dapat menggunakan huruf besar untuk menulis nama lecturer sewaktu melakukan assignment? Justeru markah mereka akan ditolak dan ibu bapa mereka akan kecewa. Mereka juga kecewa lalu mengambil keputusan untuk lari dari UiTM dan akhirnya terjebak dengan dadah. Mereka kemudiannya mungkin ditangkap polis dan meringkuk di dalam penjara berbulan bulan lamanya dan akhirnya mati kerana dijangkiti kencing tikus atau Leptospirosis?
Aku membiarkan mereka mentertawakan ku sambil berlalu ke bilik air. Aku tersengih dan bercakap di dalam hati.

" Hahah mangsa mangsa Leptispirosis.. ada hati nak gelakkan aku.. "

Pada rabu dan khamis pula, aku menjalani latihan taekwondo. Aku bakal menyertai pertandingan Poomsae (pattern) dalam tempoh 2 minggu lagi. Aku yang sudah lama tidak menggerakkan otot pinggul ke bawah pada mulanya agak sukar untuk melakukan tendangan tendangan tinggi. Entah apa jadah pada satu ketika aku hilang fokus masa latihan tu. Orang ramai sedang berlatih melakukan tendangan masing masing. Aku yang sedang berangan tiba tiba melakukan gaya sepakan seperti menyepak bola dan serta merta menjerit 'Goooollllll!!!' .
Sejurus selepas itu, aku sedar daripada lamunan dan 2 orang gadis bertali pinggang biru sedang memerhatikan aku sambil tangan mereka memegang erat sesama sendiri. Aku terus pusing ke belakang dan melakukan tiga tendangan side kick dan setiap tendangan itu aku lepaskan bersama bunyi 'hiyark Gol!' , 'hakk Gol!' , 'hahh Gol!'
Serta merta aku mendengar 'Ooooo0o...' daripada gadis gadis tersebut.

Hari ini aku pulang kerumah. Aku balik seorang diri bermakna aku duduk berseorangan di dalam bas. Sewaktu di dalam bas, aku berharap agar mendapat seat sebelah awek awek gebu. Malangnya, seorang lelaki warga Indonesia terus duduk di sebelah aku. Apa yang paling mengerikan adalah beliau mempunyai rambut yang seakan akan rambutku. Jenis merofol rofol atau Brachypelma Albopilosum. Indon tersebut memandang aku dan tersenyum menampakkan gigi.

"Heheh.. kita punyain rambut seakan akan ya dong..Aku ingatkan org Malaysia rambutnya lurus lurus saja..heheh..baguss.."


Terus aku menyumpah menyumpah dalam hati.

2 comments: